MESIN PENCARI

ANTOLOGI CERPEN INDONESIA MALAYSIA SINGAPURA, Djenar Maesa Ayu

Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia-Singapura yang menghimpunkan 12 buah cerpen daripada pengarang Malaysia, Indonesia, dan Singapura ini membuktikan bahwa sastera dapat menjadi tali penghubung antara negara yang terpisah secara geopolitik.

Setiap negara telah memilih pengarang dan karya mereka yang reprentatif untuk antologi ini. Malaysia diwakili Azmah Nordin, S.M. Zakir, Sri Diah, dan Zakaria Ali; Indonesia diwakili Djenar Maesa Ayu, Oka Rusmini, Seno Gumira Ajidarma dan Sulfiza Ariska; Singapura diwakili Rama Kannabiran, Suchen Christine Lim, Suratman Markasan, dan Wong Meng Voon.

Karya mereka mempunyai nilai yang tersendiri, bukan sahaja memancarkan aspirasi malahan menyisipkan nilai sejagat yang dapat dikongsi bersama. Dalam sastera nilainya adalah sejalan, iaitu mengunggulkan kebenaran sejagat, merakam suara hati, dan memancarkan aspirasi. Dalam konteks hubungan serantau, sastera juga mempunyai kapasiti yang tinggi untuk mengeratkan persaudaraan melalui persefahaman budaya dan perkongsian nilai.


INFO BUKU

Judul : Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia Singapura
Penulis : Djenar Maesa Ayu, Azmah Nordin, Rama KAnnabiran, dkk
Penerbit: Yayasan Obor Indonesia
Edisi: 2015
Halaman: 174
Ukuran : 13.5 x 18.5 cm
Sampul: Soft Cover
Bahasa: Indonesia
Kondisi: Buku Baru
Harga: Rp. 85.000 Rp. 74.800
Call No:

No comments:

Post a Comment